Hayyu Sabie’, 6 Disember – Bertemakan “Bridging the Community”, Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) telah menganjurkan Bengkel Interaktif Video di Rumah Negeri Sembilan Kaherah semalam.

Sambutan amat menggalakkan dari ahli PCS dan turut serta ahli dari enam PERUBATAN cawangan yang lain. Program ini bermula seawal 8.00 pagi dengan Majlis Perasmian Pembukaan oleh Ketua Jabatan Penerbitan dan Penerangan Majis Tertinggi PERUBATAN (MTP), saudara Iskandar Afiq bin Razali. Dalam ucapannya, beliau berharap melalui bengkel ini, peserta dapat mengaplikasikan ilmu pembuatan video dan mampu menyumbangkan karya mereka kepada PERUBATAN.

DSC_0418

Majlis kemudian diteruskan dengan pengisian berkenaan ‘Adobe After Effects CC’ yang disampaikan oleh saudara Muhammad Aisar Ayadi bin Kamaluddin dari Universiti Kaherah. Para peserta didedahkan asas-asas dan pengetahuan dalam penghasilan video.

aisar

Seterusnya, bengkel dijalankan dengan Latihan Dalam Kumpulan selepas berehat menunaikan solat Jumaat dan makan tengahari. Contoh model video diberikan kepada peserta sebagai panduan untuk menghasilkan video sendiri dan mengaplikasikan pengetahuan yang telah disampaikan sebelum ini.

Selain itu, peserta diberi pencerahan tentang asas-asas pengenalan ‘Sony Vegas Pro 12.0’ yang dikendalikan oleh saudara Amirul Fikri bin Badrul Hisham. Bengkel berakhir dengan membuat penilaian video yang dihasilkan peserta oleh ahli jawatankuasa pelaksana.

amirul

Diharapkan agar para peserta dapat memperkembangkan pengetahuan pembuatan video bukan sekadar melalui input-input yang disampaikan di dalam bengkel ini sahaja. Semoga para peserta juga dapat mempraktikkan pengetahuan penghasilan video ini dalam medan dakwah seorang pengamal perubatan kelak.