Hayyu Sabie’, 30 November 2013 – Sebuah program “Smart Circle Berkelompok” telah berjalan dengan lancar di surau Rumah Negeri Sembilan Kaherah semalam. Program ini merupakan kesinambungan daripada program LIFE pada sesi 2012/2013 yang lepas.

Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan perasmian oleh saudara Mohamad Alfatani bin Abdullah selaku Pemangku Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams. Ketika berucap, saudara Mohamad Alfatani turut menekankan berkenaan kepentingan usrah dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa perubatan di perantauan.

Program dimulakan dengan pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Sehingga Kamu Mengerti Wahai Pemuda” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zahani bin Mat. Dalam slot ini, Ustaz Mohd Zahani mengulas berkenaan kewajipan dan tugas pemuda hari ini serta ciri-ciri seorang pemuda yang diharapkan oleh agama dan ummah.

scgabung

Sesi kedua diteruskan setelah berehat seketika dengan penyampaian oleh Ustaz Mohd Safwan bin Abdullah. Ustaz Mohd Safwan menyampaikan berkenaan “Mengenal Musuh-Musuh Islam” dengan begitu bersemangat dan mantap. Beliau turut menerangkan berkenaan strategi musuh-musuh Islam dalam menjatuhkan Islam berdasarkan sejarah Islam dahulu. Turut diulas berkenaan pemikiran-pemikiran zaman ini yang sangat membahayakan umat Islam. Slot ini berakhir dengan beberapa soal jawab antara penyampai dan para peserta.

scgabungan

Program berakhir pada jam 11.30 tengah hari dengan bacaan surah al-asr dan kafaratul majlis. Diharapkan melalui program ini, para peserta mendapat mengambil ibrah sepenuhnya dalam membentuk diri menjadi pemuda yang diimpikan ummah selain merapatkan lagi ukhuwah antara ahli batch.