NEW - Logo JPC Ain Shams 2013

 بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

                Merujuk kepada kenyataan rasmi Ketua Lembaga Penasihat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams, Mohd Hilmi bin Mohd Hatta bertarikh 8 November 2013, dengan ini Pilihanraya Kecil bagi PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PRK-PCS) akan diadakan untuk mengisi kekosongan jawatan MTP di peringkat Ain Shams.

Maka dengan itu, selaku pengarah yang dilantik, sebuah jawatankuasa di peringkat cawangan telah dibentuk bagi melicinkan gerak kerja pemilihan MTP PERUBATAN Cawangan Ain Shams.  Mengikut bidang kuasa dan tatacara, tugas ini berdasarkan:

Perkara 1(d)  Fasal 27 Bab Ketiga, Perlembagaan PERUBATAN (November 2012) telah memperuntukkan bahawa:

 

  1.   Mengurus dan memastikan kelancaran dan ketelusan proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. 
  2.  Melaksanakan gerak kerja mengikut etika yang telah ditetapkan.

Oleh itu, berikut merupakan tarikh-tarikh penting sepanjang PRK-PCS ini berlangsung:

 

Perkara Tarikh
Jualan Borang Pencalonan 15 November 2013 (3.00 p.m.) – 16 November 2013 (9.00 p.m.)
Hari Pencalonan 17 November 2013 (9.00 a.m. – 12.00 p.m.)
Pengumuman Senarai Calon Fasa I 17 November2013 (9.00 p.m.)
Tempoh Kempen & Bantahan 19 November 2013 (12.01 a.m.) – 20 November 2013 (6.00 p.m.)
Pengumuman Senarai Calon Fasa II 20 November 2013 (9.00 p.m.)
Hari Pengundian 21 November 2013 (3.00 p.m. – 9.00 p.m.)
Pengumuman Keputusan 22 November 2013 (8.00 p.m.)

 

* Sekiranya terdapat hanya seorang calon sahaja yang diterima untuk bertanding di cawangan masing-masing, maka pihak JPP akan memendekkan tempoh bantahan kepada 24 jam sahaja sebelum mengumumkan bahawa calon tersebut menang tanpa bertanding (i.e. dalam keadaan ini, pengumuman senarai calon fasa II & hari pengundian akan dibatalkan).

Sehubungan dengan itu, diharapkan kepada semua ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams dapat cakna dengan tarikh-tarikh penting tersebut dan akan menjalankan tanggungjawab anda semua dengan adil dan telus. Semoga dengan berkat permuafakatan sehati melalui proses demokrasi  ini dapat melahirkan pemimpin yang amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugasnya nanti dan memacu PERUBATAN ke arah kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.

“Berkat, Telus dan Cekap”

 

Yang menjalankan amanah,

1422750_10201689554694344_861020009_n

AMIRUL FIKRI BIN BADRUL HISHAM

Pengarah,

Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN Cawangan Ain Shams

(JPC) 2013.