logo_perubatan

 بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah buat semua ahli Majlis Ketua Batch (MKB) sesi 2012/2013 atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch.

Majlis Ketua Batch (MKB) yang diletakkan di bawah Naib Pengerusi I dan Naib Pengerusi II merupakan satu organisasi yang sangat penting dalam PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) dalam menyampaikan masalah-masalah seperti masalah fail, yuran, kebajikan dan lain-lain , serta idea-idea yang menarik kepada PERUBATAN.

Sekali lagi,PERUBATAN Cawangan Ain Shams ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan dan kerjasama kalian terutama dalam tempoh OPS 306 dalam urusan penanguhan jadual peperiksaan,mengemaskini data ahli dan juga dalam proses evakuasi ahli pulang ke Malaysia.

Terima kasih juga kepada kalian yang telah menjayakan program PERUBATAN seperti Glow With Flow, STARGATE, SC Gabungan, ASFAD dan lain-lain.

Akhirnya,PERUBATAN Cawangan Ain Shams juga ingin memohon seribu kemaafan sekiranya terdapat kekurangan atau kesalahan sepanjang mengendalikan Majlis Ketua Batch sesi 2012/2013. Sesungguhnya jasa kalian sangat besar dalam gerak kerja PERUBATAN Cawangan Ain Shams dan hanya ALLAH yang membalasnya.

Jazakallahukhairan kathira.

 

t0ni#1

Mohamad Alfatani bin Abdullah
Naib Pengerusi I
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2013/2014

 

hidayahtika

Noorul Hidayatika binti Safian Sauri
Naib Pengerusi II
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2013/2014