post-logo-jpg1

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji di panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat. Dua nikmat terbesar yang mustahil untuk kita menafikannya; Iman dan Islam yang menjadi pegangan kita hingga akhir hayat. Semoga Allah terus menurunkan hidayah-Nya kepada kita semua.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, pihak kerajaan Malaysia dengan kerjasama dari seluruh badan dan jabatan yang bertanggungjawab terhadap pendidikan rakyatnya, telah membuka ruang untuk pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Mesir bagi menyambung pelajaran di tanah air. Hal ini berikutan keadaan politik Mesir yang dilihat agak kurang stabil dalam jangka masa yang tidak dapat dipastikan.

Ramai dalam kalangan kita yang melihat peluang ini sebagai salah satu cara untuk memastikan masa depan pelajaran mereka terjamin. Justeru kebanyakan ahli PERUBATAN memohon untuk menyambung pengajian di tanah air. Terdapat juga dalam kalangan pimpinan PERUBATAN di peringkat pusat mahupun cawangan yang memohon seterusnya menerima tawaran kerajaan yang bersifat one-off ini. Tiga orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi tersebut adalah :

 

i) Nur Fareha binti Mohd Tauhid (Timbalan Ketua Biro Perumahan)

ii) Raihan Najwa binti Mat Napi (Timbalan Ketua Biro Ekonomi)

iii) Siti Amirah binti Kamaruddin (Timbalan Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar)

 

Oleh yang demikian, dengan merujuk perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-3, Fasal 28, nombor 3 (a) dan (b) pindaan 2012, kekosongan jawatan dalam PERUBATAN hendaklah dipangku oleh mana-mana Majlis Tertinggi PERUBATAN/Ahli Jawatankuasa Tertinggi melalui mesyuarat serta dipersetujui oleh semua ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN/Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

Maka secara rasminya tiga jawatan diperingkat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams bakal dipangku setelah tiga orang ahli AJKT tersebut membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Tiga jawatan kosong tersebut adalah :

 

i) Timbalan Ketua Biro Perumahan, akan dipangku oleh Saudari Nur Nadhira Fazlin binti Md Hanafiah

ii) Timbalan Ketua Biro Ekonomi, akan dipangku oleh Saudari Nurhidayati binti Basril

iii) Timbalan Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar, akan dipangku oleh Saudari Noorul Hidayahtika binti Safian Sauri

 

Di kesempatan ini, pihak PERUBATAN mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh Saudari Fareha, Raihan dan Amirah serta seluruh pimpinan PERUBATAN Cawangan Ain Shams dan ahli yang telah membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Semoga usaha murni kalian dalam menggerakkan persatuan selama ini dapat diteruskan dalam kampus-kampus di tanah air pula kelak.

Jadi, sebarang permasalahan yang memerlukan keputusan segera berkaitan dengan mana-mana biro, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik.  Seterusnya pihak PERUBATAN memohon maaf atas sebarang kesulitan.

 

Sekian.

“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

t0ni#1

 

Mohamad Alfatani bin Abdullah
Pemangku Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
2013/2014

 

1075139_10200868762654488_515011664_n

 

Farhana binti Bakri
Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Ain Shams
2013/2014