post-logo-jpg1

الرحيم الرحمن الله بسم

 

وبركات الله ورحمة  عليكم السلام

Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala, “Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

Oleh kerana telah berlaku kekosongan jawatan seorang Ahli Jawatankuasa  Tertinggi PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) yang masing-masing memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Biro Perumahan, Timbalan Ketua Biro Ekonomi dan Timbalan Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar,  maka pihak Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Ain Shams telah berbincang dan memutuskan bahawa Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) wajar ditubuhkan bagi membuat keputusan terhadap kekosongan tersebut setelahmana Pemangku Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) mengeluarkan Kenyataan Rasmi berhubung pemangkuan bagi jawatan-jawatan tersebut.

Hal ini selari dengan Perkara 3 (b), Fasal 28, Bab Keempat, Perlembagaan PERUBATAN (November 2012):

Jika terdapat Ahli Majlis Tertinggi (AJKT) PERUBATAN yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Presiden hanya boleh dipangku oleh Naib Presiden I.

Selain itu, Perkara 5 (b),  Fasal 30, Bab Ketiga, Perlembagaan PERUBATAN (November 2012) telah memperuntukkan bahawa:

Tugas-tugas Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan adalah seperti berikut: Melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.”

Maka dengan itu, pihak Lembaga Penasihat PCS  telah berbincang dan bersetuju untuk melantik saudara Amirul Fikri bin Badrul Hisham sebagai Pengarah JPC 2013 manakala saudari Aimi Syahirah binti Bahamam sebagai Timbalan Pengarah JPC 2013.

Semoga keputusan yang bakal dibuat oleh pihak JPC Ain Shams kelak akan memberikan manfaat kepada seluruh warga PERUBATAN.

 

Sekian, terima kasih.

 

ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI

 

At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

 

Hilmi

 

Mohd Hilmi bin Mohd Hatta

Ketua Lembaga Penasihat

PERUBATAN Cawangan Ain Shams  sesi 2013/2014.