logo_perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang masih memanjangkan umur kita untuk menghirup dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam.Dan tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahualaihiwassalam.

Sinonim dengan bermulanya sesi pengajian yang baru,PERUBATAN khususnya PCS,saban tahun akan melaksanakan satu program yang berbentuk forum bertujuan sebagai pengenalan dan pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi PERUBATAN mengenai tahun pengajian yang sedang dihadapi. Seperti yang sedia maklum,program ini diberi nama ‘Glow With Flow'(GWF)

Antara objektif pelaksanaan GWF ialah:

1) Memberi pendedahan yang menyeluruh mengenai tahun yang akan diduduki sebagai persediaan awal.
2) Berkongsi pengalaman dan tips kecemerlangan daripada senior di samping mengeratkan ukhuwah sesama ahli.
3) Meningkatkan motivasi dalam kalangan ahli PERUBATAN bagi menghadapi sesi pengajian baru.

Kami berharap agar program yang dilaksanakan ini dapat mencapai objektif- objekif yang disusun demi menempa kejayaan bersama di samping mencari keredaanNya,in sha Allah.

Sekian,wassalam.

 

” Achieve the Highest, Improve Others “

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati “

“At- Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

aqiel

Abdullah Aqiel bin Aminuddin
Ketua Biro Akademik
,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)

2013/2014

 

yatt

Nurhidayati binti Basril
Timbalan Ketua Biro Akademik
,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 

2013/2014