Abasiyyah, 15 November ā€“ Sempena sambutan Hari Asyura, Biro Pembangunan Insan (BPI) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) telah mengadakan Program Pengagihan Bubur Lambuk khas buat ahli PCS. Program ini bertujuan untuk menggalakkan ahli PCS berpuasa sunat pada 10 Muharram di samping merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli PCS.

Kerja-kerja penyediaan bubur lambuk ini bermula seawal hari Rabu, di mana pelajar akhawat bergotong royong menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk ini. Kerja-kerja memasak kemudiannya diteruskan oleh pelajar ikhwah Ain Shams seawal jam 2 petang hari berikutnya.

sol2

 

Rancangan awal pengagihan bubur yang sepatutnya bermula pada jam 4.30 petang di rumah saudara Arif Zahari untuk pelajar ikhwah dan di rumah saudari Syuhada Azhar untuk pelajar akhawat bagaimanapun terpaksa ditangguhkan kerana berlaku masalah teknikal di tempat penyediaan bubur lambuk.

Walaubagaimanapun, pihak BPI PCS telah berjaya mengagihkan bubur lambuk kepada pelajar akhawat dari rumah ke rumah menjelang jam 6.30 petang. Pengagihan bubur lambuk kepada pelajar ikhwah berjalan seperti rancangan awal di rumah Saudara Arif Zahari.

Saudari Syuhada binti Azhar merangkap Timbalan Ketua Biro Pembangunan Insan (BPI) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) dalam ucapannya bersyukur kerana program Agihan Bubur lambuk ini berjaya dilaksanakan walaupun bubur siap lambat daripada waktu yang dijangkakan atas masalah-masalah tertentu. Bubur lambuk tetap sampai ke rumah ahli.

sol

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada ikhwah dan akhawat yang bertungkus-lumus dalam proses penyediaan bubur lambuk, dan tidak dilupakan kepada kumpulan penghantar bubur yang menghantar bubur lambuk dari rumah ke rumah. Semoga usaha ini menghasilkan impak yang padu dalam membina modal insan yang cemerlang akan datang.