*Semua yang terkarang adalah ambilan hikmah dari sebuah buku. How To Read A Book oleh Mortimer J. Adler.

howtoreadabook

 

Membaca. Ia suatu proses aktif. Jika ia pasif, maka boleh aku katakan engkau sedang mengelamun. Maka, fokuslah ketika membaca artikel ini.

Kenapa kita membaca? Adakah masih atas suruhan ibu bapa seperti kala tadika dahulu? Tetapi adakah engkau membaca semasa tadika kerana disuruh? Atau hanya kerasa rasa ingin tahu simbol dan makna yang terlakar di hadapan dua biji mata itu? Oleh itu, aku agak kurang memahami, mengapa ramai yang menampal ‘Jangan Hampakan Ibu Ayah’ di hadapan meja belajar masing-masing.

Kita membaca adalah untuk mendapat pencerahan. Kefahaman. Namun, TAHU semua perkara bukan bermakna kita FAHAM semua benda.

We do not have to know everything about something in order to understand it.” Kata Tok Mortimer J. Adler.

Kadang kala terlalu banyak maklumat menjadi batu penghalang kepada proses pembacaan. Cuba baling laptop bagi siapa yang baca Facebook lebih banyak dari membaca buku yang bagus.

MENGETAHUI pelbagai benda tak menjadi kita lebih MEMAHAMI dunia ini dan seisinya. Maka adalah berbeza antara tahu dan faham. Lantas dengan memahami dunia sebagai makhluk akan membawa kita memahami Sang Khaliq.

Insight. ‘Sight with the eyes of the mind’, ‘penetrating understanding into character or hidden nature’(disalin dari etymonline.com). Atau orang selalu sebut ‘read between the lines’.

Kita bukan hanya mahu menjadi hard disk 1 Terabyte yang menyimpan segala data.

Therefore, in general, if some factor becomes excessive or deficient, a control system initiates negative feedback, which consist of a series of changes that return  the factor toward a certain mean value, thus maintaining homeostasis.” Kata Pak Cik Guyton & Hall.

“Alam terdiri daripada Kesatuan Penyatuan sedangkan al-Ahadiyyah dalam Kesatuan Keunikkannya sendiri.” Imam Ibn ‘Arabi dalam Futuhat Makkiyah.

Man ‘arafa nafsahu, ‘arafa rabbahu.” Kalimah yang popular. Barangsiapa yang mengenal dirinya, kenal Tuhannya.

Kita tidak akan terbantut sekadar memahami homeostasis dalam lingkup asid dan bes (acid and base) dan tindak balas negatif (negative feedback). Tetapi, hidup ini Allah sediakan alam (kullu ma siwa Allah, semua selain Allah) untuk hamba mengenali-Nya.

Semakin tinggi paras karbon dioksida dalam badan kita, semakin badan kita sedar dan berusaha kembali ke paras normal dengan mekanisma pernafasan dan metabolisma. Jika bertambah ujian, cubaan, kritikan, maka perlu kita kembali sedar di manakah titik normal seorang hamba. Atau kita terjun ke dalam kitaran kesengsaraan (vicious cycle).

Wasatiyyah, bak kata Perdana Menteri kesayangan kita.

Dan, sebagai pelajar jurusan Perubatan, kita perlu memahami badan kita bertindak sebagai satu sistem. Sentiasa timbulkan persoalan dan kaitan dalam suatu sistem yang kita pelajari dengan sistem yang lain. Lihatlah tubuh secara keseluruhan. Begitu juga alam ini. Ketahuilah, kita tidak bersendiri.

Allah lebih tahu.

Bersambung..

 

Hasil Nukilan :

Che Muhammad Nur Anas Bin Che Kadir.
Tahun 5,
Fakulti Perubatan,
Universiti Ain Shams.