logo_perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kita masih menikmati nikmat iman dan Islam, dipinjamkan nafas dan nyawa hingga kini.

Untuk makluman mahasiswa mahasiswi PERUBATAN Cawangan Ain Shams, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian agar tiada yang keciciran maklumat:

1) Keputusan Semakan Semula (Tazallum)

Untuk pengetahuan, keputusan tazallum telah dikeluarkan secara berperingkat. Alhamdulillah keputusan tersebut telah dikeluarkan dengan lengkap bagi keempat-empat tahun pengajian. Mahasiswa mahasiswi yang terlibat boleh merujuk wakil batch yang telah dilantik oleh pihak Biro Akademik untuk makluman keputusan.

2) Peperiksaan Ulangan (Dur Thani)

Pihak universiti telah bersetuju menangguhkan peperiksaan dur thani daripada 1 September 2013 kepada 23 September 2013 iaitu pada minggu keempat bulan September. Maka diminta kepada mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat supaya bersiap sedia mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaan ini. Jadual pula sedang disusun semula oleh pihak universiti. Maka diminta kepada pelajar yang terlibat supaya sentiasa cakna dengan maklumat-maklumat yang diberitahu dari masa ke masa.

3) Peperiksaan Akhir Tahun 5

Pihak universiti telah membenarkan pelajar tahun 5 untuk menduduki peperiksaan akhir tahun pada bulan November, khas untuk mahasiswa mahasiswi Malaysia sahaja. Namun perlu diingatkan bahawa peperiksaan ini dilakukan pada tarikh dur thani, maka pelajar tidak berpeluang untuk menduduki peperiksaan ulangan sekiranya tidak berjaya lulus peperiksaan tersebut. Oleh itu, pihak Biro Akademik berharap supaya mahasiswa mahasiswi membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun ini.

Akhir sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mahasiswa mahasiswi PERUBATAN Cawangan Ain Shams kerana banyak memudahkan urusan pihak biro akademik. Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan takziah kepada seluruh warga Ain Shams atas pemergian pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams. Semoga Allahyarham Abdullah bin Azahari berada dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

” Achieve the Highest, Improve Others “

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati “

“At- Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

aqiel

 

Abdullah Aqiel bin Aminuddin
Ketua Biro Akademik
,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)

2013/2014

 

yatt

 

Nurhidayati binti Basril
Timbalan Ketua Biro Akademik
,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 

2013/2014