15 September, Selangor – Dalam kegundahan warga PCS yang sudah bercuti di Malaysia terhadap nasib saudara- saudara dan rakan- rakan yang masih berada di Mesir, kebanyakan program dan majlis yang dirancang di Malaysia tetap diurus dan dilaksanakan dengan lancar.

Sebelum ini, sebilangan ahli PERUBATAN meneruskan program cuti musim panas di Malaysia dengan AWESOME! @ Pangkor “A Wonderful Extra-Gaban Summer of Medical Experience” yang berjalan selama beberapa hari di Pulau Pangkor sejak 19 Ogos yang lalu. Sejurus selepas itu pula, program NexUS iaitu Next Ultimate Generation Symposium Simposium mengambil tempat dalam kalendar Ogos pada 24 dan 25. Masih berturutan, selepas itu berlangsung pula program “Community Outreach Programme: Empower Awareness and Sensibility in Services” (COMPASS) di Pahang. Program yang dirangka usai kepulangan ramai ahli PERUBATAN semasa evakuasi sukarela turut berjalan lancar iaitu Seminar Pemantapan Akidah (SPA’13) pada 7 September lalu.

Dalam pada itu, selain program yang telah direncana PERUBATAN sendiri, cuti musim panas turut dipenuhkan dengan jemputan majlis perkahwinan ahli PCS. Terdahulu, Saudari Nurul Husna binti Hashim; pelajar Tahun 5 telah melangsungkan pernikahan bersama pasangannya Mohd Fauzan bin Abdullah pada 3 Syawal yang lalu.

Seterusnya, pada 11 Ogos 2013 Tuan Muhammad Akmalhakim bin Tuan Mazri; pelajar Tahun 4 selamat dinikahkan dengan Norheda binti Mohd Zulkipeli di Kelantan. Krew BPP PCS juga turut dikhabarkan dengan berita pernikahan Saudari Wan Nurul Aiman binti Wan Ismail dengan Mohamad Amin bin Mokhtar yang kedua- duanya merupakan anak jati Kelantan pada 8 Syawal yang lalu.

IMG-20130915-WA0011

Penasihat PERUBATAN Cawangan Ain Shams ; saudari Dahlia Hazirah binti Jaafar serta pasangannya Mohamad Saifuddin bin Ibrahim yang sudah bernikah Januari lalu turut melangsungkan walimah yang meriah di Dewan Gemilang Mercu Idaman, German- Malaysian Institute (GMI) Bangi pada 17 Ogos yang lalu, bersamaan 10 Syawal. Pada hari yang sama juga, pasangan Tahun 4 Che Mohammad Nur Anas bin Che Kadir dan Siti Sarah binti Mustaza selamat dinikahkan di Seremban.

 

1241332_10201503995635441_1545578960_n (1)

Semalam, berlangsungnya majlis menyambut menantu di rumah keluarga Che Anas di Terengganu pula. Hari ini juga sedang berlangsung majlis kesyukuran perkahwinan seorang lagi penuntut Tahun 4 Nur Syafiqah bt Ahmad Sarafi dengan pasangannya Mohd Arif bin Jalal di kediaman keluarga Syafiqah di Seksyen 7 Shah Alam. Pasangan ini sudah mengikat tali pernikahan pada tahun 2011.

Kegembiraan menerima status baharu dalam kalangan ahli PCS dapat dirasai seluruh warganya. Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa berada dalam keredaan Allah. Dalam pada itu, kita turut sentiasa diingatkan untuk sentiasa bersederhana dalam menyambut apa-apa khabar gembira. Umat Islam di negara yang bergolak khususnya tanah tempat kita menimba ilmu memerlukan sokongan dan doa berpanjangan daripada kita. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat ke atas bumi Mesir.