post-logo-jpg1

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang tidak terhingga ini, dapat kita meneruskan kehidupan dengan segala nikmat dan rahmat-Nya.

Merujuk fasal 28 ceraian 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Atas pemergian arwah pengerusi kita yang disayangi, Allahyarham Abdullah bin Azahari yang terbabit dalam kemalangan, panel penasihat telah membuat keputusan untuk melantik pemangku yang akan menjalankan tugas Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2013/2014 oleh Naib Pengerusi 1, saudara Mohammad Alfatani bin Abdullah.

Kuasa pemangkuan ini akan berkuatkuasa bermula 29 Ogos 2013. Jadi, sebarang permasalahan yang memerlukan sebarang perbincangan, keputusan dan tindakan hendaklah dirujuk kepada saudara Muhammad Alfatani bin Abdullah selaku pemangku.

Sesungguhnya kematian itu sangat hampir dengan diri setiap hamba. Manfaatkan sebaiknya masa dan waktu yang ada untuk bekalan di akhirat kelak.

Sekian.

 

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

aqiel#1

Mohd Hilmi bin Mohd Hatta,
Penasihat,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2013/2014