post-logo-jpg1

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillah walhamdulillah, marilah kita merafakkan rasa kesyukuran kerana diberi peluang merasai dua nikmat paling besar iaitu nikmat  iman dan islam. Tidak lupa juga atas nikmat nafas yang masih dipinjamkan hingga ke akhir 10 Ramadan ini.

Segala puji bagi Allah, keputusan peperiksaan akhir tahun telah pun diumumkan. Tahniah diucapkan kepada mahasiswa mahasiswi yang memperolehi keputusan yang cemerlang dan berjaya naik ke tahun seterusnya. Bagi yang belum berjaya, teruskan usaha dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh dalam menghadapi peperiksaan ulangan (dur thani) yang akan diadakan dalam pada awal September. Gunakan peluang yang diberi sebaik-baiknya, tinggalkan segala perkara yang boleh mensia-siakan masa dan sentiasa fokus dalam subjek yang akan diduduki.

Terdapat beberapa perkara yang ingin ditekankan oleh pihak Biro Akademik dalam fasa terdekat ini iaitu:

1) Semakan semula markah (tazallum). Bagi mahasiswa mahasiswi  yang ingin menyemak semula markah peperiksaan mereka, semakan semula boleh dilakukan melalui wakil-wakil pelajar yang telah dipilih oleh pihak Biro Akademik untuk membantu memudahkan proses ini.

2) Tarikh jangkaan peperiksaan ulangan. Dalam tempoh ini, pihak Biro Akademik masih belum dimaklumkan mengenai tarikh sebenar peperiksaan ulangan, namun tarikh jangkaan telah dikeluarkan oleh pihak universiti iaitu pada awal bulan September. Oleh itu,diminta mahasiswa mahasiswi yang bakal menduduki peperiksaan dapat bersedia bermula dari sekarang.

3) Tarikh mula kuliah sesi 2013/2014.  Untuk makluman mahasiswa mahasiswi Universiti Ain Shams, kuliah sesi 2013/2014 akan bermula pada 21 September 2013. Maka, pihak Biro Akademik mengharapkan supaya mahasiswa mahasiswi dapat pulang sebelum tarikh tersebut dan bersedia mental dan fizikal dalam menghadapi kuliah sesi baru ini.

Dalam kesempatan ini, pihak kami ingin mengucapkan selamat merebut lailatul qadar dalam tempoh yang masih berbaki ini. Kami juga ingin memohon ribuan ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap sepanjang pengendalian biro ini dalam tempoh separuh penggal ini.

Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian,terima kasih.

aqiel

Abdullah Aqiel bin Aminuddin
Ketua Biro Akademik
,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)

2013/2014

yatt

Nurhidayati binti Basril
Timbalan Ketua Biro Akademik
,
PERUBATAN Cawangan Ain Shams 

2013/2014