Abbasiyah, 20 Julai – Pilihan Raya Tahunan Batch (PTB) Tahun 3 Eminent ’10 akhirnya berjaya dilaksanakan setelah berminggu-minggu tertangguh rentetan penangguhan peperiksaan Pharmacology dan Parasitology sebelum ini.

Perjalanan PTB sebelum ini bermula dengan penamaan calon bagi setiap portfolio pada 13 Julai 2013, iaitu selepas tamat peperiksaan Pharmacology pada hari tersebut.

“Lima hari selepas tarikh tersebut, para penyokong tegar bagi setiap calon berperang poster, pantun dan lain-lain demi mempromosi calon- calon yang diketengahkan meskipun sibuk berhempas- pulas menghadap buku- buku bagi subjek berbaki. Hal ini jelas menunjukkan semangat kesatuan ahli batch. Semangat ini membanggakan! “, Syuhada Azhar, Timbalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PTB mengulas tentang tempoh kempen calon.

Proses pengundian yang berjalan sejurus selepas tamat peperiksaan bertulis Parasitology itu menyaksikan saingan sengit tiga nama pencalonan bagi setiap portfolio termasuk jawatan Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch.

Keputusan demokrasi akhirnya mengangkat Saudara Muhammad Ayyub Afandi bin Azizan sebagai Ketua Batch menewaskan Ahmad Aizad Mohd Noor dan Mohd Aidil Razahli . Manakala tampuk kepimpinan bahagian akhawat pula bakal dipimpin oleh Saudari Khaliesah Khalil yang menundukkan dua saingannya; Wan Nur Hajar Atikah Wan Mad Husin dan Siti Nurnajibah Ramli.

Saudara Ayyub selaku Ketua Batch Eminent’10 yang baharu menzahirkan ucapan tahniah buat pimpinan terdahulu atas segala jasa bakti mereka. Ayat yang sering diulang berkali- kali ; “bukan senang nak menjadi contoh kepada adik-adik” jelas menunjukkan keprihatinan beliau sebagai pemimpin bukan sahaja kepada batch sendiri, malah kepada semua lapisan masyarakat Ain Shams.

Ayyub membuang undi dalam kotak undi.
Ayyub membuang undi dalam kotak undi.

Pilihan raya Eminent’10 merupakan aktiviti tahunan batch untuk menaikkan muka- muka baharu sebagai pimpinan batch. Pilihan raya juga setakat ini dilihat mampu menjadi ruang ahli mengasah kepimpinan mereka serta menjadi medan suara ahli. Walaubagaimanapun, singkatan nama PTB mula digunakan pada tahun ini.

Kami di pihak PERUBATAN Cawangan Ain Shams mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan takziah kepada para pimpinan batch Eminent ’10. Semoga kalian dapat menjalankan amanah yang diberikan ini dengan penuh bersungguh-sungguh

Nurhidayati; Timbalan Ketua Biro Akademik PCS  turut membuang undi.
Nurhidayati; Timbalan Ketua Biro Akademik PCS turut membuang undi.