Abbasiyah, 30 Julai – Peperiksaan akhir tahun yang sebelum ini tertangguh beberapa kali akhirnya selesai kira-kira dua minggu lalu. Ramadan yang sudahpun melangkaui separuh daripada waktunya benar- benar menandakan bahawa cuti musim panas telah lama bermula.

Menjadi kelaziman bagi cuti musim panas di Mesir, sebahagian pelajar akan pulang ke Malaysia untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun begitu, sebilangan pelajar yang lain pula akan terus berada di Mesir sepanjang cuti musim panas ini.

image

Saudari Noorul Hidayahtika bt Safian Sauri selaku Naib Pengerusi 2 PERUBATAN Cawangan Ain Shams ketika ditemuramah sebelum ini memaklumkan bahawa program- program tetap akan dilaksanakan mengikut tahap keselamatan semasa Mesir. Jelasnya,

“Walaupun sebahagian besar pelajar pulang ke Malaysia, namun pelbagai program turut disusun sepanjang cuti musim panas ini untuk ahli- ahli PCS yang tidak pulang iaitu Ihya’ Ramadan (IHRAM ’13) yang dijalankan dengan kerjasama Jawatankuasa Penghuni Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK). Program sambutan Aidilfitri yang diberi nama MESRA juga bakal diadakan dan masih dalam perancangan berikutan keadaan politik Mesir yang kurang stabil.”

Selain itu, pelbagai program juga telah disusun untuk ahli- ahli PERUBATAN seluruh Mesir umumnya yang pulang ke Malaysia, antaranya A Wonderful Extra-Gaban Summer of Medical Experience (AWESOME), Next Ultimate Generation Symposium (NexUS) dan Community Outreach Programme : Empower Awareness and Sensibility in Services (COMPASS). Kesemua program ini bakal dilaksanakan pada penghujung Ogos ini, iaitu seminggu selepas 1 Syawal.

Kesemua program ini dijangka mendapat sambutan luar biasa lebih- lebih lagi bagi program NexUS yang membuka penyertaan kepada umum, tidak hanya bagi pelajar- pelajar Sains Kesihatan di Mesir sahaja.

Sebarang makluman tentang aktiviti- aktiviti cuti musim panas ini akan dihebahkan melalui laman web khas http://summer.perubatan.org/2013/

Anda juga boleh mendapatkan maklumat melalui laman facebook mediaPERUBATAN dan laman facebook PERUBATAN Cawangan Ain Shams.