bait muslim
For someone special.^^

 

 

Mukadimah @ Soal Hati

“Kau sudah pernah kehilangan, mahu kehilangan sekali lagi?” tanya sahabat aku.

‘Kehilangan?’ monolog hati aku.

Aku segera faham dengan kehilangan yang dia maksudkan itu. Sahabat baik aku itu tahu sedikit sebanyak sejarah hidup aku atau mungkin sedikit sebanyak sejarah soal hati aku. Kehilangan yang dia maksudkan adalah kehilangan seorang gadis yang pernah menjadi pilihan hati aku. Berbicara soal ‘kehilangan’, insya-Allah hati aku kuat untuk merasai ‘ujian’ kehilangan itu dan aku pernah mengalami kehilangan lebih berat dari itu. Sekiranya aku kehilangan satu-satunya ibu yang amat aku sayangi, aku mungkin agak sukar untuk bertahan. Mungkin memerlukan sedikit masa untuk memperbaiki dan menguatkan hati. Namun, kehilangan gadis pilihan kita, insya-Allah aku mampu bertahan dan bagi aku bukanlah satu masalah besar serta bukanlah satu pengakhiran hidup.

‘Life goes on.’

 

Hati Yang Tidak Ditakdirkan Bersatu

Aku sebenarnya pantang dan benci bila ada pasangan yang tidak ditakdirkan bersama, sanggup membunuh diri, sanggup bersedihan dan sebagainya. Tak kurang, andai kata perempuan itu memilih lelaki lain, kita sanggup menyihirnya, mengugut untuk bunuh diri sekiranya dia tidak kembali, menyimbah cecair berasid ke mukanya dan sebagainya yang menjadi plot dalam drama-drama cekerama melayu.

Sebabnya, kita mempunyai agama. Agama kita islam. Tiada cinta yang paling hakiki yang perlu dikecapi melainkan cinta Allah Subhanallah Ta’ala dan rasul-Nya, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Cinta manusia, bagi diriku hanyalah cinta sampingan. Tiada satu pun cinta yang berkekalan di dunia ini, melainkan cinta Allah dan rasul-Nya. Tanamkan dalam diri, sekiranya kita cinta kepada seseorang itu, tidak semestinya kita perlu hidup bersama. Buang sifat cemburu dan berdendam, sebaliknya doakan kebahagiaan orang yang kita sayang itu. Bagi diriku, melihat dia bahagia dan gembira sudah cukup untuk turut mengembirakan kita.

 

Kahwin Awal @ Akademik

Jika ditanya, “Ada berkenan kepada sesiapa tak?” Pasti kebanyakan menjawab, “Berkenan tu, adalah…” Jika ditanya lagi, “Taqdimlah, nanti orang lain sambar baru kau tahu.” Jawapan paling biasa kita dengari adalah ibu bapa masih berat untuk membenarkan mereka berkahwin. Bicara mengenai perkahwinan sewaktu belajar, sudah begitu lama diperdebatkan. Sudah menjadi lumrah kehidupan, sesuatu perkara itu tidak akan bersifat plateu atau statik. Pasti akan ada pro dan kontra.

Ada sahaja yang ingin bernikah awal tetapi tidak mendapat restu ibu bapa. Antara faktor utama adalah masih belajar dan tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.

Ada sebuah pepatah Arab dalam masalah mencari ilmu ini mengatakan, “Seandainya engkau habiskan seluruh usiamu bagi mencari ilmu, engkau pasti tidak mendapatkannya kecuali hanya sebahagiannya.”

Banyak pengalaman orang berjaya yang membuktikan, berkahwin tidak menghalang seseorang itu terus menuntut ilmu. Ramai juga yang berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran walaupun sudah berkahwin. Namun begitu, banyak juga yang gagal. Semuanya bergantung pada diri individu itu sendiri. Mahu ataupun tidak, bergantung pada kemahuan dirinya sendiri.

“Orang yang berkahwin dan akademiknya MUMTAZ, lebih baik berbanding orang yang tidak berkahwin dan akademiknya MAQBUL. Orang yang tidak berkahwin dan akademiknya MUMTAZ, lebih baik berbanding orang yang berkahwin tetapi akademiknya MAQBUL.”

 

Kahwin Awal @ Kewangan

Rakan-rakan sekalian, yakin dan pastilah bahawa adanya pintu-pintu rezeki yang Allah sediakan selepas perkahwinan. Hal ini bermakna, bagi meraih semua rezeki itu, pintu utamanya adalah melalui perkahwinan. Jaminan Allah cukup jelas yang terkandung dalam Kitab Suci al-Quran,

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki & perempuan) daripada kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Sekiranya mereka miskin, Allah memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnianya kerana Allah maha luas (rahmatnya dan limpah kurnianya), lagi maha mengetahui.”

(Surah an-Nur ayat 32)

Habiburrahman El-Syirazy, penulis bestseller novel Ayat-Ayat Cinta pernah memberikan nasihat, “ Usah takut soal rezeki, berkahwinlah dan insya-Allah kamu temui jalan keluar.”

 

Penutup

Barakallah hu lakuma saya ucapkan kepada mereka yang bakal mendirikan baitul muslim. Cinta dan perkahwinan itu, bukanlah untuk sehari dua, tetapi adalah untuk sepanjang hayat. Jadikanlah cinta itu sebagai satu penyaksian dihadapan Allah, bahawa cinta kalian membawa kalian lebih mencintai dan mendekati Allah.

Buat mereka yang masih bujang termasuk saya, remember these words :

‘Single? Well, Allah is looking at you right now and saying, ‘ I am saving for this person someone special.’

 

Wassalam

 

Khairul Anwar Bin Razali,
4th Year Ain Shams Medical School
Pengarah JAKSI PCS 2013/2014.