Abbasiyah, 1 Jun – Setelah kira- kira satu minggu selepas pembikinan risalah pertama PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS), ASUzen yang berhalaman 12 muka tersebut berjaya diedarkan hampir ke semua rumah ahli PCS di Abbasiyah, Madinah Nasr dan Sayyeda Zainab. Fatrah imtihan tidak menghalang krew redaksi ASUzen menyempurnakan ‘buah tangan’ sulung untuk ahli- ahli PCS ini bersempena peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi.

Unit Liputan Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP) PCS tidak ketinggalan untuk berkongsi pendapat ahli tentang risalah pertama ini. Pelajar tahun dua, Nur Farah Ain bt Safie memberi komen ketika ditemuramah, “Keluaran risalah ini bertepatan dengan isu semasa dan merangkumi semua aspek. Bagi saya, penggayaan dan penyusunan risalah ini menarik minat untuk terus membaca. Dan, yang paling menarik sudah tentu komik- komik di dalamnya. Kalau boleh diperbanyak, alangkah baik sekali!”

Rahman Mustafa, pelajar tahun tiga pula memberi ulasan ringkas dan cukup optimis.
“Unik, informatif dan menarik! Keluaran sulung versi PCS memang baik. Saya menantikan isu- isu seterusnya.”

ASUzen1

Secara keseluruhannya, pembikinan dan pengedaran risalah ini berjalan dengan lancar dan baik. Tahniah diucapkan kepada krew redaksi risalah ASUzen atas pencapaian pertama ini. Semoga ASUzen akan datang tampil dengan lebih banyak pembaharuan yang lebih menarik dan informatif bagi seluruh ahli PCS. Ahli- ahli PCS amat dialu-alukan untuk menyumbang sebarang buah fikiran dan cadangan untuk risalah ASUzen ini.