Abbasiyah, 2 Mei – Dalam kehangatan Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) di Malaysia semalam, pelajar tahun 2 Universiti Ain Shams atau lebih dikenali sebagai OHANA juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam memilih kepimpinan yang bakal menerajui OHANA bagi sesi seterusnya.

Keputusan pilihanraya untuk jawatan Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch OHANA sesi 2013/2014 yang diumumkan petang semalam berdasarkan undian ahli batch membuktikan kemenangan tipis yang berpihak kepada saudara Hanif bin Khairudin. Beliau akan dibantu oleh saudari Syahirah Syazwani binti Sidek yang telah mendapat undian yang tertinggi untuk jawatan Timbalan Ketua Batch. Pertembungan yang sengit dapat disaksikan melalui kelapan-lapan orang calon bertanding yang saling tidak kurang hebatnya.

Walaupun sesi penamaan calon menghadapi sedikit masalah disebabkan pengunduran diri beberapa orang calon, pencalonan semula yang lebih sistematik terbukti menampilkan kewibawaan calon-calon yang bertanding.

Selain itu, bagi memeriahkan lagi kempen pilihan raya ini, pihak Unit Penerbitan dan Penerangan OHANA telah berusaha keras menyediakan poster untuk calon-calon yang bertanding. Kelainan pilihan raya untuk kali ini diharapkan dapat memberi nafas baru dan sentuhan yang berlainan bagi pimpinan yang bakal menerajui OHANA pada sesi hadapan.

PRUOHANA

Dalam ucaptama saudari Syahirah Syazwani Sidek sebelum ini, beliau begitu bersemangat menekankan kepentingan kebersamaan seluruh ahli OHANA yang menjadi tonggak utama dalam pembinaan sesebuah organisasi.