logo_perubatan

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha (berpuas hati)”.  (Surah Dhuha, 5)

Bismillahirrahmanirrahim.

 

Assalamualakumwaramatullahiwabarakatuh.

 

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH atas limpah dan kurniaNya warga PCS masih lagi mampu untuk menghirup udara seterusnya bangkit bagi meneruskan perjuangan di muka bumi ini. Selawat dan salam atas junjungan baginda SAW, kerana berkat kesungguhan baginda dalam berdakwah, nikmat iman dan islam itu sampai kepada kita pada hari ini.

 

Pejam celik, pejam celik, sudah 3/4 daripada sesi persekolahan telah kita harungi dan musim peperiksaan akhir tahun bagi jurusan perubatan di Universiti Ain Shams bakal berlabuh tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, pihak PCS telah membuat keputusan bagi memberi peluang warga PCS untuk belajar dengan seeffektif yang boleh dalam membuat persediaan menghadapi peperangan peperiksaan. Tarikh program PCS  ditawaqufkan pada :

 

00:01 30 April 2013 – Selasa

 

Sebagai mahasiswa yang sentiasa mahukan yang terbaik bagi keputusan peperiksaannya, sewajarnya kita berusaha bersungguh-sungguh dan membuat persediaan yang rapi bagi setiap subjek tersebut. Tekun dan istiqamah menjadi salah satu faktor untuk mencapai kecemerlangan tersebut. Seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w, ‘Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.’ (Riwayat Abu Daud).

 

Kami sebagai wakil pimpinan PCS berharap agar penangguhan program yang bakal berlangsung dapat membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli PCS untuk fokus terhadap pembelajaran masing-masing. Dalam fatrah menuju imtihan akhir ini,pihak kami akan mengadakan  Exam Fever Campaian (EFC) di bawah kelolaan Biro Akademik sebagai salah satu booster kepada kita semua ahli PCS supaya sentiasa bersemangat sehingga ke penghujungya di samping Malam Munajat Perdana tidak lama lagi diadakan bagi meningkatkan kebergantungan kita kepada Illahi  tanpa melupakan  tiga item yg terpenting dalam hidup iaitu Usaha, Doa dan Tawakal sebagai penuntut ilmu.

 

Sebagai penutup kalam, kami berdoa dan berharap agar kita semua warga PCS mendapat natijah yang terbaik setelah kita berhempas-pulas berusaha bagi mendapatkannya.”Man Jadda wa jada ,wa man zara’a hasada’.Sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh,dia akan dapat hasilnya. InsyaALLAH.

t0ni#1 copy

Mohamad Alfatani bin Abdullah

Naib Pengerusi I

hidayahtika copy

Noorul Hidayatika binti Safian Sauri

Naib Pengerusi II