Hayyu Sabie’, 31 Mei- Tahniah buat Siti Sarah Amran dan juga pasangannya, Syed Ahmad Israa’ bin Syed Ibrahim atas kelahiran putera pertama mereka, Syed Hamza Alhabshi yang selamat dilahirkan pada 8 Mei yang lalu di Hospital Elaj Makram Abeid, Kaherah.

Bersempena dengan itu, pihak Biro Kebajikan (BCARE) PERUBATAN Cawangan Ain Shams telah menyampaikan sedikit sumbangan Tabung Kasih Sayang (TKS) kepada pasangan tersebut. Sumbangan ini telah diserahkan oleh Timbalan Pengerusi PCS, saudari Farhana binti Bakri selaku ketua rombangan ziarah mahabbah bersama wakil ahli jawatankuasa tertinggi yang lain semalam. Banyak pengalaman mengenai kelahiran bayi sehinggalah penjagaan anak dikongsi bersama sepanjang ziarah berlangsung.

ziarah baby 1

Tidak ketinggalan juga buat pasangan Wan Nadia Izzah binti W. Mohd Noor beserta suaminya, Abdul Azim bin Abd Razak yang turut menyambut kelahiran putera pertama mereka, Ariq Ulwan yang seberat 2.65 kilogram pada tanggal 24 Mei 2013 di Pusat Perubatan Intan Sdn. Bhd.

ziarah baby 2

Semoga dengan kelahiran bayi-bayi ini akan menambahkan lagi kerukunan dan kebahagiaan kepada keluarga mereka. Diharapkan khalifah kecil ini akan menjadi seorang pejuang yang akan memperjuangkan agama Allah kelak.

Diharapkan sumbangan yang diberikan ini dapat membantu kebajikan ahli dan setinggi ucapan tahniah buat kedua-dua pasangan daripada warga PERUBATAN Ain Shams.