Abbasiyah, 8 April – Beberapa Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Ain Shams untuk pertama kalinya setelah tertubuhnya PERUBATAN Cawangan Ain Shams telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama warga ahli PERUBATAN Universiti Ain Shams dalam program ‘Ziarah AJKT’ semalam.

 

AJKT mengambil kesempatan untuk melawat dua buah rumah ahli yang berdekatan. Kehadiran mereka ternyata disambut mesra oleh ahli. Program ini dikira sebagai salah satu pendekatan yang diambil oleh barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Ain Shams untuk mengenali ahli dengan lebih rapat di samping memperkenalkan pimpinan baru ini kepada ahli yang masih lagi tidak mengetahui akan kewujudan pimpinan baharu ini.

 

“Tindakan AJKT mengadakan program seumpama ini dilihat sebagai usaha amat positif untuk berinteraksi dengan pimpinan dan diharap dapat diadakan lebih kerap lagi”, ujar saudari Nur Farahin binti Abdul Halim ketika ditemubual oleh krew mediaPERUBATAN semalam.


” Kami dapat berbincang bersama barisan pimpinan dengan lebih dekat. Peluang yang ada ini digunakan sebagai medan bertukar pandangan yang sihat,” tambahnya lagi.

 

“Program ini dikira kesinambungan ASFAD yang dianjurkan baru-baru ini. Matlamatnya jelas iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk mengeratkan hubungan dengan ahli”, jelas Raihan Najwa binti Mat Napi, Timbalan Biro Ekonomi PERUBATAN Cawangan Ain Shams.

ziarah ajkt