Abbasiyah, 18 April – Satu kemalangan yang melibatkan salah seorang daripada peserta silat, saudara Miqdad bin Abdul Fisol pelajar tahun tiga telah berlaku semalam sewaktu Majlis Penutup Ain Shams Civilization Conference.

Menurut doktor, beliau mengalami patah tulang di bahagian tulang selangka (clavicle).  Kecederaan yang dialaminya berpunca sewaktu beliau melakukan kesilapan aksi ‘backflip’ semasa persembahan silat.

Doktor menganggarkan beliau akan sembuh dalam masa 6 minggu tanpa memerlukan sebarang pembedahan. Beliau dibenarkan pulang ke rumah tengahari  tadi dan dinasihati untuk mengurangkan pergerakan bagi mengelakkan timbulnya masalah lain.

 

521729_503481963022814_2037505445_n

Turut berlaku satu kemalangan motosikal yang melibatkan dua pelajar Universiti Ain Shams iaitu Tuan Muhammad Akmalhakim dan Aizuddin Zailani sewaktu dalam perjalanan pulang dari Majlis Penutup Ain Shams Civilization Conference. Mereka dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Pakar Universiti Ain Shams. Kedua- dua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah.

Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams turut meluangkan masa untuk melawat mangsa yang tercedera.

Diharapkan agar ahli PERUBATAN  Cawangan Ain Shams dapat mendoakan kesihatan ketiga-tiga rakan seperjuangan kita ini. Ahli PERUBATAN juga diseru untuk lebih berhati-hati di jalan raya terutamanya bagi penunggang motosikal untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.