Abbasiyah, 20 April – Debaran untuk menghadapi peperiksaan kian terasa dengan saki-baki masa yang singkat. Oleh itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Ain Shams telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program Study Technique & Guide 2013 (STARGATE ’13) untuk membantu ahli PERUBATAN membuat persediaan yang selengkapnya. Penganjuran program STARGATE ini bertepatan dengan pembawaan Biro Akademik sesi ini iaitu ‘Achieve the Highest, Improve the Others’.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan peratusan jumlah ahli mendapat gred mumtaz serta mengurangkan peratusan jumlah ahli yang mendapat gred rasib di samping mewujudkan perkongsian ilmu dan teknik menjawab soalan antara pelajar senior dan junior. Program STARGATE merupakan program yang khusus untuk pelajar pra-klinikal iaitu tahun 1, 2, dan 3.

Program ini juga turut diserikan dengan ucapan perasmian dari wakil Ahli Jawatankuasa PERUBATAN Cawangan Ain Shams saudari Noorul Hidayahtika binti Safian Sauri. Beliau menasihati agar ahli PERUBATAN tidak mengabaikan rakan-rakan dalam fatrah peperiksaan dan memanfaatkan program STARGATE ’13 ini dengan sebaik-baiknya untuk menempuh peperiksaan yang akan datang.

Stargate1

“Program STARGATE ini bagus sebagai persediaan untuk menghadapi final exam. Selain itu, senior juga dapat memberikan tips cara untuk menjawab dan sebagainya”, ujar saudara Abdul Rahim bin Abdul Rahman, pelajar Tahun Dua.

Selaku timbalan pengarah program, saudari Khaliesah Khalil berharap agar program STARGATE ini mencapai objektif dan memberi semangat kepada ahli untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan nanti.

Secara keseluruhannya program STARGATE ‘13 kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi untuk tahun yang akan datang dan semoga penganjuran program ini sedikit sebanyak membantu mempertingkatkan prestasi akademik ahli.

Stargate2