Abbasiyah, 6 April- Majlis perasmian Quranic Doctor PERUBATAN (QDP) telah berjaya dilancarkan di Markas Abbasiyah semalam. Majlis yang dirasmikan oleh saudara Abdullah bin Azahari, Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams telah dihadiri oleh ramai pelajar Ain Shams.

Quranic Doctor Perubatan (QDP) merupakan sebuah program tahfiz di bawah Biro Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Ain Shams (BPI PCS) yang menggunakan tenaga pengajar yang bertauliah.

Antara matlamat QD PERUBATAN adalah membantu ahli-ahli PERUBATAN menghafaz Al-Quran secara sistematik dan menyediakan peluang untuk memahami Al-Quran. Di samping itu, program ini juga membantu para hafiz untuk menguatkan dan mengekalkan hafalan mereka.

Selain itu, majlis perasmian ini juga turut dimuatkan dengan pengisian oleh Ustaz Mohd Azuan bin Nasir yang menekankan peri pentingnya pembacaan al-Quran dan tadabbur sebagai jalan untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah.

“Alhamdulilah program QDP  sesi ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar Ain Shams. Saya tidak menjangka begitu ramai pelajar Ain Shams yang berminat”, ujar saudari Nik Bahirah binti Ab Aziz, Timbalan Unit Quranic Doctor Biro Pembangunan  Insan PERUBATAN Cawangan Ain Shams.

QDP