Abbasiyah, 6 April – Kempen PEACE For Syria yang telah dijalankan daripada 23 hingga 31 Mac baru-baru ini telah berjaya mengumpul 7461.25 LE beserta 304 USD hasil daripada kutipan dan jualan amal sepanjang kempen tersebut diadakan. Selain wang, barang-barang seperti pakaian serta selimut yang disumbangkan oleh warga PERUBATAN Cawangan Ain Shams turut terkumpul melalui kempen ini.

 

Hasil sumbangan wang dan barang ini telah diserahkan oleh saudara Zulkifli Abdul Rahim, Ketua Biro Kebajikan PERUBATAN Cawangan Ain Shams  kepada Ustaz Muhammad Abdul Malik bin Haji Abdul Karim selaku Ketua Sekretariat Solidatiri Mahasiswa Asia Tenggara di Mesir merangkap anggota jawatankuasa Kempen Prihatin Syria. Penyerahan sumbangan ini telah diadakan semalam di Wisma Kelantan.

 

Diharapkan dengan penyerahan sumbangan ini,maka beban saudara seagama kita di Syria dapat diringankan  di samping menyemai perasaan cinta kepadasaudara sesama Islam dalam diri ahli PERUBATAN

peace syria