Kaherah, 21 April 2013 – Biro Sukan & Aktiviti Luar PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) buat julung kalinya telah mengadakan program Jaulah Jejak Makam Ulama.

Program jaulah ini telah disertai oleh 50 orang ahli PCS dikalangan pelajar-pelajar tahun 1 hingga 4. Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah, mengenal para wali Allah dan merehatkan minda para peserta sebelum menghadapi peperiksaan sambil menimba pengalaman baru menjelajah bumi Kaherah. Antara makam dan masjid yang dilawati adalah makam Saidina Husin, Masjid Sultan Hanafi, Masjid ibnu Tolun, Masjid Imam as-Syafie dan Makam Imam Hassan al-Banna.

jaulah1

Program ini telah diiringi oleh Ustaz Wan Mohd Amir. Sepanjang jaulah ini banyak kisah-kisah pengajaran yang boleh dijadikan teladan oleh para peserta untuk terus berusaha menempuh kehidupan sebagai pelajar perubatan.

jaulah2