Abbasiyah, 14 April – Mesyuarat Majlis Ketua Batch (MKB) telah diadakan di markas PERUBATAN Abbasiyah pada 12 April yang lalu. Mesyuarat yang bermula jam 9.30 pagi itu telah dihadiri oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi I, Naib Pengerusi II, serta Ketua dan Timbalan Ketua Batch daripada setiap tahun pengajian.

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pertama MKB selepas penubuhan PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS).
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh saudara Mohamad Alfatani bin Abdullah ini telah membincangkan beberapa elemen penting seperti penerangan strukrur ketua batch serta perubahan pengendalian Majlis Ketua Batch yang dahulunya di bawah Pengerusi Organisasi PERUBATAN Universiti kepada Naib Pengerusi PERUBATAN Cawangan. Taqwim bagi tahun 2013/2014 juga turut dibentangkan.

Selain itu, saudara Alfatani juga turut membuat pengumuman berkenaan program Ain Shams Civilization Conference yang berlangsung pada hari ini hingga 17hb April bertempat di kampus utama Universiti Ain Shams. Program tersebut juga akan disertai oleh mahasiswa mahasiswi Universiti Ain Shams dari 12 negara yang lain.

Hal-hal lain yang turut dibincangkan adalah mengenai Sistem Infaq Berunit (SIB ) yang merupakan sumber kewangan untuk membiayai sewa markas PERUBATAN Ain Shams. Kutipan akan dilakukan tiga bulan sekali oleh Unit Perumahan setiap batch dan nilai setiap unit adalah LE 54.

Oleh hal yang demikian, MKB merupakan satu medan interaksi bagi barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Ain Shams untuk menyampaikan maklumat kepada ahli PERUBATAN Cawangan Ain Shams melalui ketua batch.

MKB