logo_perubatan

 

 بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Barang siapa meminjami (menginfaqkan di jalan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan(rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Al-Baqarah, 2:245)

 

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan kurnia-Nya, kita sebagai hamba Allah masih mampu hidup, bernafas,dengan rezeki kurniaan-Nya. Akan tetapi, sedarkah kita semua,apalah guna rezeki yang diberi andai tidak dinfaqkan secebis mungkin untuk bekalan diri di akhirat kelak?

Untuk makluman ahli, PERUBATAN Cawangan Ain Shams kini maju setapak dengan memiliki sebuah markas, yang merupakan pusat utama aktiviti kita dijalankan. Mustahil untuk kita bergerak maju ke hadapan tanpa ada sumber kewangan dan infaq yang ikhlas.

Sehubungan dengan itu, pihak Biro Perumahan (BHOME) ingin mengumumkan kutipan Sistem Infaq Berunit (SIB) bagi tahun pengajian 2013/2014.

 

Apa itu Sistem Infaq Berunit (SIB)?
SIB merupakan satu sistem yang diwujudkan di bawah kempen Bakti Sosial bertujuan untuk
 membiayai sewa dan bil-bil berkaitan markas PERUBATAN Cawangan Ain Shams.

 

Bagaimana modus operandi SIB ini?

SIB ini dijalankan mengikut unit. 

Satu unit adalah untuk 3 bulan tanggungan sewa.

Satu unit= LE 54

Minimum unit yang diperlukan untuk urusan pembayaran sewa adalah= 85 unit

 

i-Kutipan akan dijalankan pada minggu pertama setiap 3 bulan mengikut sesi seperti berikut:

 

·         Sesi 1(Mei)                   -Sewa untuk bulan 5, 6 dan 7

·         Sesi 2(Ogos)               -Sewa untuk bulan 8, 9 dan 10

·         Sesi 3(November)      -Sewa untuk bulan 11, 12 dan 1

·         Sesi 4(Februari)          -Sewa untuk bulan  2,3 dan 4

 

ii-Kutipan akan dilakukan oleh setiap ketua batch dan turut dibantu oleh AJK Perumahan batch.

Biro Perumahan hanyalah satu wadah untuk mencapai target yang terutama iaitu mardhatillah. Tiadalah maknanya program begini tanpa adanya ahli yang bertanggungjawab dan mempunyai semangat untuk berinfaq. Sama-samalah kita menyeru setiap ahli rumah, keluarga dan masyarakat untuk menyumbang, bagi memberati timbangan akhirat, yang kekal abadi. Sedikit ahli bukan bermakna kita tiada kekuatan, kerana sedikit itu jika berkat, bertambah keutuhannya.

Sekian, terima kasih

” Together We Unite, To Serve Community “

936194_4925299772301_1965697135_n

Muhammad Irfan bin Bakri
Ketua Biro Perumahan
(BHOME),
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)

2013/2014

Screenshot_2013-04-27-22-47-28-1

Nur Fareha binti Mohd Tauhid
Timbalan Ketua Biro Perumahan (BHOME),
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2013/2014