Abbasiyah, 27 April- Kelas Thafaquh Fiddin anjuran Biro Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Ain Shams telah diadakan di markas PERUBATAN Abbasiyah semalam. Kelas thafaquh semalam merupakan kelas yang terakhir bagi sesi pengajian kali ini dan akan ditawaqufkan bagi meraikan ahli PERUBATAN yang bakal menghadapi peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.

tafaqquh tawaquf2

Pada majlis yang sama, saudara Muhammad Irfan bin Bakri selaku Biro Perumahan tampil memberi penerangan mengenai Sistem Infaq Berunit (SIB). Sistem ini merupakan sumber kewangan untuk membayar sewa markas PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS). Kutipan akan dilakukan tiga bulan sekali oleh Biro Perumahan PCS dengan kerjasama Biro Perumahan setiap batch dan nilai setiap unit adalah LE 54.

Beliau turut menjelaskan tentang khabar angin mengenai status markas yang dikatakan ditarik balik penggunaannya oleh tuan rumah. Namun begitu, setelah pertemuan kedua diadakan kata sepakat telah dicapai dan markas dapat digunakan kembali.

Diharapkan dengan penangguhan kelas thafaquh ini dapat memberi laluan kepada ahli PERUBATAN untuk memberi tumpuan 100% dan membuat persediaan selengkapnya bagi menghadapi peperiksaan yang datang.

tafaqquh tawaquf1