Abbasiyah, 22 April 2013– Kelas tafaqquh khas yang dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) telah berjaya dijalankan di markas Abbasiyah, di sini semalam. Kelas ini dijalankan untuk menyemai sikap cakna akan keselamatan di samping memastikan setiap pelajar mematuhi etika musyrif yang telah ditetapkan oleh pihak JAKSI PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS).

Majlis telah dipengerusikan oleh saudara Zulfalhie Mohamad, pelajar tahun 2 Ain Shams merangkap Ketua Unit Pengisian JAKSI. Majlis diserikan lagi dengan talkshow bertajuk ‘Aku Mahasiswa Non-mandom’ yang disampaikan oleh Ustaz Azuan bin Nasir, dan moderator, saudara Mohamad Alfatani. Talkshow ini telah memberi gambaran hidup sebagai seorang daie berserta kepentingannya dalam memastikan dakwah Islam tersebar luas sepertimana zaman para nabi terdahulu.

Kelas JAKSI 1

Setelah itu, para musyrif juga mendapat penghargaan dan pengiktirafan dengan pemberian Anugerah Musyrif Mithali yang diberikan mengikut batch. Menurut salah seorang penerima anugerah tersebut, saudara Mohd Khairil Ashraf, pelajar tahun 1 perubatan Ain Shams, “ Sememangnya pemberian hadiah ini amatlah tidak layak untuk saya seorang sahaja kerana urusan musyrif melibatkan semua pelajar ikhwah dan saya berpandangan kebanyakan ikhwah di Ain Shams rajin untuk turun bermusyrif.”

Sejurus itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan pengarah JAKSI, saudara Khairul Anwar bin Razali, yang menekankan akan kewajipan menggunakan khidmat musyrif oleh para akhawat pada waktu malam demi keselamatan.

Dalam pada itu, saudara Zulfalhie Mohamad, selaku pengarah program berkata “ Masyarakat Ain Shams yang terdidik dengan etika musyrif, adab-adab ikhtilat dan peranan sebagai seorang daie akan memudahkan lagi kerja JAKSI untuk membanteras isu sosial dan keselamatan.”
Semoga dengan penganjuran kelas JAKSI kali ini dapat membuka mata para pelajar seluas-luasnya supaya menitikberatkan soal keselamatan lebih-lebih lagi untuk pelajar akhawat. Hal ini penting bagi mengelakkan kes-kes yang tidak diingini melibatkan ahli PERUBATAN berulang sekaligus menjamin kesinambungan pembelajaran ilmu perubatan dan agama yang berkesan.

Kelas JAKSI 2