Abbasiyah, 25 April 2013 – Biro Pembangunan Insan (BPI) PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) tidak pernah jemu dalam mengadakan program berbentuk pengisian rohani serta bermanfaat buat warga PERUBATAN Ain Shams. Kali ini BPI tampil dengan penganjuran sebuah daurah kitab bertempat di markas PERUBATAN Abbasiyah di sini, semalam. Kitab yang bertajuk Al- Islam Syariatuz Zaman wal Makan ini telah disyarahkan dengan begitu padat dan ringkas oleh Ustaz Shafiq Syahimi, Tahun 1 Tamhidi Master Usuluddin, American Open University of Egypt.

daurah1

Kitab ini secara ringkasnya menerangkan sebahagian syariat-syariat islam yang boleh berubah mengikut masa dan tempat, tetapi masih menepati 10 ciri keistimewaanya termasuklah bersifat ketuhanan, universal, memenuhi keadilan sejagat dan sebagainya sepertimana yang disebutkan dalam kitab ini.

“Semoga semua peserta dapat mengambil pedoman, input-input penting sekali gus menjadikan syariat islam sebagai teras kehidupan kerana ada kalam ulama yang menyebut sesungguhnya hidup bersyariat itu indah”, ujar saudara Mohammad Imran bin Mohammad Nasaruddin, Ketua Biro Pembangunan Insan (BPI) PERUBATAN Universiti Ain Shams.

daurah2