Abbasiyah, 18 Mac- Bagi warga PERUBATAN Ain Shams yang sudah lama bersabar menanti kehadiran markas baru kini boleh tersenyum gembira setelah berlangsungnya program gotong-royong markas semalam.

Gotong–royong ini telah berjalan dengan baik dengan kehadiran pelajar-pelajar ikhwah yang sememangnya ringan tulang untuk membantu membersihkan markas.

Kewujudan markas ini amat penting bagi ahli PERUBATAN untuk menjalankan kerja-kerja persatuan lebih- lebih lagi setelah penubuhan PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS) yang baru hendak bertatih. Dengan adanya markas  baru sebagai medium penggerak PCS, gerak kerja persatuan akan lebih mudah dan tersusun.

Pencarian markas baru ini bukan sahaja melibatkan masa dan tenaga malah pengorbanan ahli PERUBATAN itu sendiri kerana markas ini sebenarnya merupakan rumah pelajar Ain Shams yang sudi berpindah semata-mata ingin menjadikan rumah mereka sebagai markas.

“Sebenarnya ini adalah cadangan ataupun permintaan dari peringkat PERUBATAN sendiri untuk menjadikan rumah ini sebagai markas dgn alasan kedudukannya yang agak srategik dan keluasan yang sesuai untuk menampung ahli. Terima kasih juga kepada ahli beit kerana mereka sudi untuk terima cadangan dan beri kerjasama yang baik. Pengorbanan ini sebenarnya daripada mereka, kerana sanggup korbankan rumah yang selesa untuk dijadikan markas. Moga pengorbanan ini dapat dicontohi oleh ahli PERUBATAN yang lain”, ujar saudara Muhammad Faiz Mujahid selaku ahli rumah merangkap Setiausaha PERUBATAN Cawangan Ain Shams.

Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams, saudara Abdullah Azahari ketika ditemui oleh krew mediaPERUBATAN pada program gotong-royong itu meluahkan perasaan gembira dan berpuas hati beliau setelah pelbagai usaha yang dilakukan untuk mendapatkan markas terbalas.

bersih markas