Abbasiyah, 31 Mac-Sambutan diluar jangkaan daripada pelajar Universiti  Ain Shams jelas tergambar pada Majlis Pelancaran PEACE PERUBATAN dan Majlis Perasmian Penutup Kempen PEACE For Syria yang berlangsung di markas PERUBATAN Abbasiyah pada malam semalam.

Program dimulai dengan Majlis Pelancaran PEACE PERUBATAN oleh saudari Nurul Izzah binti Abdul Halim, Timbalan Ketua Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan Majlis Tertinggi PERUBATAN 2013/2014. Program diteruskan lagi dengan acara kemuncak iaitu Majlis Perasmian Penutup kempen PEACE for Syria oleh saudara Abdullah bin Azahari selaku Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams.

Program beralih pula kepada sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang untuk pertandingan poster dan karya kreatif yang diadakan sepanjang kempen PEACE For Syria berlangsung.

“Objektif kempen ini diadakan adalah untuk membentuk satu komuniti PERUBATAN yang cakna dan terlibat sama dalam membantu masyarakat Syria. Maksudnya kita bukan sekadar tahu dan tengok tapi tahu dan memberi respon”, jelas saudari Aimi Syahirah binti Bahaman, Timbalan Pengarah PEACE PERUBATAN Cawangan Ain Shams.

Hampir semua penduduk Abbasiyah turun bagi menjayakan program kutipan sumbangan dana Syria, barangan terpakai dan jualan amal yang merupakan aktiviti kempen PEACE For Syria yang dikendalikan oleh Unit PEACE, Biro Kebajikan PERUBATAN Cawangan Ain Shams.

“Bagi saya kempen PEACE For Syria ini merupakan satu titik permulaan baru selepas penjenamaan semula Aqsa PERUBATAN. Semua orang boleh menderma tetapi bukan semua orang dapat menyumbang barangan yang mereka sayang kepada rakyat Syria”, ujar saudari Siti Suhaida binti Suliman ketika ditemubual oleh krew mediaPERUBATAN.

Semoga kempen yang diadakan ini mampu membuka mata kepada semua khususnya warga Ain Shams untuk prihatin terhadap isu ummah yang berlaku di Syria malah secara tidak langsung merealisasikan pembawakan kebajikan yang merupakan salah satu agenda PERUBATAN sesi ini.

peace syria 1