Abasiyyah, 25 Mac – Kelas tafaqquh secara rasminya telah dijalankan semalam dengan nafas baru bertempat di markas PERUBATAN Cawangan Ain Shams di Abbasiah semalam.

Majlis ilmu yang dihadiri lebih kurang seramai 40 orang mahasiswa PERUBATAN Ain Shams ini dahulunya diadakan di rumah saudara Abdul Malek Zufri berikutan ketiadaan markas untuk mengadakan program-program PERUBATAN contohnya kelas tafaqquh, solat sunat hajat dan sebagainya.

Kelas tafaqquh semalam juga merupakan titik tolak kepada semangat menuntut ilmu yang ditampilkan oleh mahasiswa di sini setelah kerap kali ditangguhkan berikutan masalah tempat yang dihadapi.

Kelas tafaqquh yang bermula tepat jam 7 malam tadi telah dipengerusikan oleh saudara Muhammad Ayub Affandi beserta pengisian yang padat dan menyentuh jiwa oleh Ustaz Syed Ridzuan selaku ustaz yang tidak asing lagi buat warga Ain Shams. Majlis tamat lebih kurang jam 9.30 malam.

Semoga markas ini dapat terus menjadi medium penyatuan seluruh mahasiswa Ain Shams dengan penganjuran program-program bermanfaat pada masa akan datang.

tafaqquh 1