Abbasiyah, 21 Mac- Bertemakan “We Are Elated because We Are Related” menjadikan program ASFaD’13 pada kali ini satu kelainan dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun oleh pihak ahli jawatankuasa program.

Program ASFaD’13 yang bakal berlangsung selama dua hari bermula pada 22 dan 23 Mac 2013 ini bakal melakar sejarahnya yang tersendiri selepas tertubuhnya struktur organisasi baru PERUBATAN Cawangan Ain Sham (PCS).

Pembawaan ASFaD pada kali ini masih sama dengan tahun sebelumnya iaitu mengukuhkan ukhuwwah antara pelajar- pelajar Ain Shams melalui program PERUBATAN. Kelainan yang cuba dibawa oleh pengarah program bukan sekadar melalui aktiviti sukan yang boleh mengeratkan hubungan antara ahli malah ASFaD’13 kali ini mengambil peluang untuk meraikan pasangan Ain Shams yang telah mendirikan rumah tangga.

Mengulas kenyataan Timbalan Pengarah program ASFaD’13, saudari Nadirah Hanim binti Abdul Hadi, beliau berharap agar ahli PERUBATAN Ain Shams tidak memandang ASFaD’13 sekadar aktiviti tahunan semata-mata tetapi jadikan program ASFaD’13 sebagai medium untuk menjalinkan ukhuwwah sesama ahli PERUBATAN Ain Shams.

Semoga ASFaD’13 yang bakal berlangsung esok menjadi titik tolak kepada pentadbiran baru organisasi PERUBATAN Cawangan Ain Shams dan diharapkan agar warga Ain Shams sama-sama turun padang bagi memeriahkan lagi program ASFaD’13.

poster asfad13