Abbasiyah, 23 Mac – Dewan Masjid Qubah bergema dengan paluan kompang menandakan ketibaan pasangan mempelai yang dinanti-nantikan. Slot Majlis Keraian Pengantin (MEKAR) yang pertama kalinya diadakan ini memberikan nafas baru bagi Ain Shams Family Day (ASFaD) kali ini. Acara yang bertujuan meraikan pasangan yang sudah berkahwin ini mendapat sambutan yang meriah dan menggalakkan oleh para hadirin.

“ Saya ingin menzahirkan setinggi penghargaan kepada barisan penganjur yang bersungguh-sungguh menjayakan program ini,” ucap saudara Muhammad Rafiqi bin Hehsan selaku wakil pengantin.

Para hadirin juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan raja sehari ini. Tidak lupa juga pasangan pengantin yang mengambil kesempatan memberikan tip-tip dan pesanan kepada tetamu yang hadir.

“ Walaupun majlis yang diadakan ini serba ringkas, kami tetap berharap agar pasangan Ain Shams ini dapat memahami niat baik kami. Kami hidup di sini sebagai sebuah keluarga besar Ain Shams dan kegembiraan mereka sememangnya harus dikongsi bersama, ” ulas salah seorang hadirin.

Sekalung tahniah kepada kalian dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat sekali gus menjadi contoh kepada bakal pengantin akan datang.

asfad13 3