Abbasiyah, 22 Mac- Sorakan demi sorakan jelas kedengaran dari Nadi Syabab Al-Wailiy menandakan  semangat yang berkobar-kobar yang cuba ditunjukkan oleh setiap ahli PERUBATAN  Cawangan Ain Shams (PCS). Program ASFaD ’13 yang bermula sekitar jam 8.30 pagi hari ini dihadiri oleh hampir semua pelajar PERUBATAN Ain Shams.

Program bermula dengan ucapan Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams, saudari Farhana binti Bakri. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa program ASFaD amat penting untuk merapatkan ukhuwah sesama pelajar Ain Shams dan dalam masa yang sama beliau juga turut mengingatkan ahli mengenai agenda PERUBATAN yang cuba dicapai program-program yang dianjurkan.

ASFAD ’13 berjalan dengan begitu baik dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli sepanjang program tersebut berlangsung. Tiada sebarang kecedaraan yang serius dilaporkan berlaku.

“ ASFaD ’13 tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa pengorbanan ahli terutamanya bagi pelajar Tahun  1 dan Tahun 2 yang sanggup awalkan exam mereka untuk ASFaD ’13”, jelas Nadirah Hanim binti Abdul Hadil selaku Timbalan Pengarah ASFaD ’13 dalam ucapan Majlis Penutup.

“Pada saya ASFaD ’13 kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana objektif dan matlamat program dapat dilihat dengan nampak jelas melalui aktiviti yang disusun oleh pihak pelaksana program. Saya sebagai pemain sendiri merasai apa yang cuba disampaikan melalui aktiviti tersebut”, ujar Siti Amirah binti Kamarudin, Biro Sukan dan Aktiviti Luar PERUBATAN Cawangan Ain Shams ketika ditemubual oleh salah seorang krew mediaPERUBATAN.

asfad13 1