Abasiyyah, 24 Mac – ASFaD ’13 melabuhkan tirainya dengan meriah di Dewan Masjid Qubah, Abbasiyah. Majlis penutup dirasmikan oleh Muhammad Azizul Hakim bin Azizul, Bendahari Kehormat merangkap Ketua Jabatan Ekonomi Majlis Tertinggi PERUBATAN 2013/2014.

Slot Majlis Keraian Pengantin (MEKAR) yang pertama kali diadakan dalam program ASFaD bagi meraikan pasangan pengantin Ain Shams menjadi tumpuan seluruh warga Ain Shams yang hadir. Bak kata Pengerusi PERUBATAN Ain Shams, saudara Abdullah bin Azhari dalam ucapannya “Jom cepat-cepat buat sunnah Rasulullah, moga hidup kita berkat”.

Slot pengenalan AJK PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2013/2014 turut memenuhi hari terakhir ASFaD ’13. Acara kemuncak majlis penyampaian hadiah bagi setiap bagi rumah sukan menyaksikan Cardinal mengungguli kutipan mata tertinggi seterusnya dinobatkan juara dengan kutipan 376 mata.

“Saya dapat kenal dengan lebih rapat senior dan junior Ain Shams dan berharap ASFaD akan diadakan lagi pada masa-masa yang akan datang”, ujar saudari Nur Asyiqin Aiman pelajar Tahun 2

Secara keseluruhannya Ain Shams Family Day 2013 kali ini telah mencapai matlamatnya iaitu mengukuhkan ukhuwah antara pelajar senior dan junior. Diharapkan program sebegini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dan segala penambahbaikan dapat dibuat bagi memastikan program ASFaD yang akan datang lebih meriah.

asfad13 penutup